Benarkah hati ini hanya persinggahan cinta
Tempat bermain cinta sementara
Bertahan untuk yang lain gembira
sampai bila akhirnya derita...
Bahagia datanglah kekal
Biar semua derita pergi jangan kembali
Aku setia menunggumu selagi tertahan
Bahagia ku juga mahu merasa...
Perit tidak perlu diungkap
Air mata ku bukti segala
Tak pernah kering membasuh luka
kerana ku tak setanding dia...
Mungkin yang kekal menunggu disana
Masih menjadi rahsia pencipta
Tiada berdaya ku teka segala
Berserah padaMU jawapan yang nyata...
hasil nukilan-Nurhanim